#malaysiamadani

Berita

Malaysia-China akan bincang tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi

MALAYSIA akan menghubungi kerajaan China bagi membincangkan sama ada ia boleh melanjutkan tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi yang akan tamat pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau optimis kerajaan China akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu memandangkan kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik yang kukuh

Berita

Penjawat awam perlu sebar luas konsep Malaysia MADANI

PENJAWAT awam perlu memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan konsep Malaysia MADANI bagi memastikan rakyat dapat memahami dan menghayatinya dengan lebih menyeluruh, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin. Menurutnya konsep yang diperkenalkan setahun lalu itu masih belum mencapai tahap memuaskan berikutan rata-rata masyarakat belum memahami dan mendalami perkara itu. “Walaupun sudah

Berita

Satu gerakan nasional perlu diwujudkan dalam merakyatkan agenda Malaysia MADANI

KERAJAAN Perpaduan perlu mewujudkan satu gerakan nasional dalam usaha merakyatkan konsep dan agenda Malaysia MADANI, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop. Beliau berkata langkah berkenaan boleh dilaksanakan menerusi program pendidikan dan latihan kenegaraan bagi memastikan rakyat dapat memahami dengan baik tentang konsep dan pelaksanaan Malaysia MADANI serta menghayatinya. Menurut Ismail ini

Berita

Jualan Agro MADANI bantu pengguna berjimat, tingkat pendapatan peniaga

PROGRAM Jualan Agro MADANI di bawah inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini bukan sahaja membantu pengguna berjimat melalui penawaran barang keperluan pada harga berpatutan tetapi juga meningkatkan pendapatan peniaga. Penjawat awam, Roziah Rahmad, 40, berkata program jualan mingguan di kawasan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan itu amat membantu rakyat

Berita

DBKL batal lesen niaga penjaja jika serah pada warga asing – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ­menegaskan mana-mana penjaja yang didapati memberikan lesen perniagaan kepada ­warga ­asing akan dibatalkan dan ­diserahkan kepada pihak lain oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beliau berkata langkah tersebut diambil bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi supaya ia boleh memberi manfaat kepada peniaga tempatan. “Saya minta

Berita

Semat rasa bangga hidup dalam aman dan makmur

PERPADUAN merupakan ­prasyarat bagi melahirkan sebuah ­negara yang aman damai serta makmur ­sekali gus mampu ­menjaga ­imej Malaysia sebagai sebuah ­negara berdaulat. Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata semangat ­perpaduan ini memerlukan kerjasama semua pihak di mana ia juga ­merupakan syarat untuk Malaysia muncul sebagai ­peneraju ekonomi Asia