Berita

Ruhainies mohon maaf… Mahu bertemu Bella Astillah, Sarah Yasmine

- Diterbit 26 April 2024 8:26 AM MYT

PELAKON sensasi Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.

Menerusi Instagram story miliknya, Ruhainies meluahkan hasrat untuk bertemu dengan istrri Aliff Aziz iaitu  Bella bagi menjernihkan hubungan persahabatan mereka.

“Saya ingin memohon untuk bercakap beberapa perkara hari ini berhubung dengan isu yang sedang berlaku.

“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiyakan atau menidakkan, tetapi niat saya untuk mengelak daripada bergaduh di media sosial dan memanjangkan lagi isu terbabit.

“Justeru dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada Bella atas segala yang berlaku. Saya ingin bertemu dengan anda untuk menjernihkan keadaan supaya kita boleh menutup kisah ini dan meneruskan kehidupan serta bergembira semula,” tulisnya.

Bukan hanya Bella, Ruhainies juga berhasrat agar dapat bertemu dengan kekasih Aliff iaitu Sarah Yasmine.

“Saya juga dengan ikhlas ingin mengundang Sarah Yasmine dalam pertemuan kami supaya kita boleh memperbetulkan semula keadaan yang berlaku dan menyelesaikan perkara ini.

“Saya sangat berharap Bella dan Sarah akan memberi saya peluang untuk bertemu dengan mereka. Dengan penuh keikhlasan saya ingin memohon maaf sekali lagi atas segala yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini Sarah mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang disusun Ruhainies bersama Aliff untuk menjatuhkan Bella di WhatsApp.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baru produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.

Dalam perbualan itu juga, Aliff dan Ruhainies saling meluahkan kata-kata romantis seperti mengucapkan rasa rindu dan sayang. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas