Berita

Sarah Yasmine dakwa Sophia Albarakbah masih berhubung dengan Aliff Aziz

- Diterbit 27 April 2024 9:06 AM MYT

NETIZEN seperti tertunggu-tunggu apa lagi yang bakal dibongkarkan oleh kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Terbaru dan mengejutkan ramai apabila Sarah memetik nama pelakon, Sophia Albarakbah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Aliff.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Sarah mendakwa Sophia masih berhubung dengan Aliff meskipun sebelum ini mengakui sudah menamatkan hubungan mereka.

Sarah membuktikan dakwaannya benar dengan memaparkan tangkap layar (screenshot) yang mendedahkan perbualan di Instagram (IG) sekitar Mac lalu.

Tangkap layar yang dipercayai daripada telefon bimbit Aliff itu menunjukkan panggilan mesra yang digunakan seperti ‘yang’ (sayang), bubs dan ‘love.’

Terdahulu, pada Isnin Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres iaitu Ruhainies pada Mac lalu. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas