pendidikan

Berita

Skim Bantuan Pemakanan YWP bakal diteruskan Jun ini

SKIM Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah di bawah inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bakal diteruskan bermula Jun ini. Eksekutif Kanan Pembangunan Komuniti, Jabatan Pembangunan Komuniti YWP (P.E.S.A.T), Siti Nadiah Mohd Ariff berkata ia akan dilaksanakan secara serentak bermula Jun dengan melibatkan 101 sekolah menengah yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Berita

Engineering Day 2024 beri pendedahan kepada golongan muda

ENGINEERING Day 2024 merupakan platform terbaik bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah terutamanya mengenai dunia kejuruteraan. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata menerusi program tersebut ia bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan Putrajaya dan Kajang tetapi juga

Berita

Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara – Zambry

SISTEM pendidikan negara mesti sinonim dengan pembangunan negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau berkata ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI). “Mengimbangi pembangunan negara dengan sistem pendidikan adalah penting untuk bergerak ke hadapan.

Berita

YWP bantu 30 penuntut IPTA terpilih

SERAMAI 30 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih menerima Skim Biasiswa Pengajian Tinggi daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bagi tahun 2024. Jabatan Komunikasi Strategik dan IT YWP dalam satu kenyataan berkata skim biasiswa dengan nilai terkumpul sebanyak RM182,941 tersebut meliputi yuran pengajian, kos sara hidup, penginapan dan tuisyen. Menurut

Berita

6,034 guru kontrak baharu telah ditempatkan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menempatkan 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula Isnin. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS itu, ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah. “Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada

Berita

Kadar keciciran murid menurun bagi tempoh 2017 hingga 2023

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kadar keciciran murid rendah dan menengah menunjukkan trend penurunan dari tahun 2017 hingga 2023. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata kadar keciciran murid pada peringkat rendah menurun daripada 0.29 peratus pada tahun 2017 kepada 0.06 peratus pada tahun 2023. Tambah beliau, pada peringkat menengah