Berita

Ribut petir, hujan lebat landa 12 negeri petang ini

- Diterbit 26 April 2024 3:34 PM MYT

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 12 negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, Putrajaya dan Melaka manakala beberapa tempat di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu sementara di Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Terengganu pula di kawasan Dungun dan Kemaman; Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut); Selangor (Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau),” katanya hari ini.

Tambah MetMalaysia, keadaan sama dijangka berlaku di negeri Johor dengan kawasan terjejas di Tangkak, Segamat, Muar, Pontian dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut dikeluarkan di negeri Sarawak di kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).

“Sementara itu di negeri Sabah pula hanya melibatkan kawasan di Sandakan (Sandakan),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas