Berita

YouTube gantung saluran Presiden Trump sekurang-kurangnya seminggu

|
- Diterbit 13 Januari 2021 7:20 AM MYT

YOUTUBE menggantung saluran Presiden Donald Trump  sekurang-kurangnya seminggu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik CNN.

Perkhidmatan perkongsian video dalam talian AS itu memberitahu CNN Business bahawa video di saluran Trump baru-baru ini didakwa mencetuskan keganasan.

YouTube merancang mengkaji semula keputusan tersebut dalam seminggu.

Terdahulu, Twitter dan Facebook menggantung akaun Trump secara kekal. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas