Berita

Keputusan UPKK diumum 18 April 

- Diterbit 12 April 2024 3:09 PM MYT

KEPUTUSAN Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) akan diumumkan pada 18 April (Khamis) ini.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ibu bapa dan penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada tarikh berkenaan pada pukul 12 tengahari.

“Keputusan boleh dilihat menerusi laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan no MyKad dan no Angka Giliran.

“Atau UPKK<jarak>no.MyKad<jarak>no.angka giliran dan hantar ke 15888,” jelas JAKIM dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut menyatakan ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing.

Ia boleh didapatkan bermula pada 19 April (Jumaat) pukul 9.30 pagi. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas