Selebriti

Yazit Search sah meninggal dunia

yazit search
YAZIT SEARCH
- Diterbit 26 September 2019 5:52 AM MYT

PUTRAJAYA – Pada usia 57 tahun, bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur akibat kerosakan otak kira-kira pukul 11.53 pagi tadi.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur dan seterusnya dikebumikan di Tanah perkuburan Raudatul Sakinah selepas solat Zohor hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ramlah Ahmad dan tiga orang cahaya mata (termasuk anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Ramlah).

Sebelum ini, Yazit pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas selain kerosakan buah pinggang serta penyakit paru-paru berair.

Sebagai rekod, Search ditubuhkan oleh Yazit sekitar 80-an dan kumpulan lagenda rock tersebut pernah mengecapi zaman kegemilangan sepanjang tahun 1980-an hingga 1990-an. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas