Berita

Seminar Kecemerlangan SPM YWP fokus teknik jawab soalan

SEMINAR SPM
SALAH seorang peserta Seminar Kecemerlangan SPM 2019 anjuran YWP mengambil peluang merakam gambar teknik menjawab soalan yang ditunjukkan penceramah.
- Diterbit 26 September 2019 8:43 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 400 pelajar menghadiri Seminar Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang diadakan di Presint 15, Putrajaya bermula Isnin lalu.

Eksekutif Pendidikan YWP, Zaleha Dullah berkata, objektif seminar berkenaan adalah untuk membantu pelajar cemerlang yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan teknik-teknik menjawab soalan SPM.

Ujar beliau, selain itu, pelajar juga dapat membuat persediaan dengan sebaiknya sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki bermula Oktober ini.

PELAJAR tekun mendengar cara dan teknik menjawab soalan pada Seminar Kecemerlangan SPM 2019 anjuran YWP di Dewan Seri Seroja, Presint 15, Putrajaya. – FOTO:NAZIRUL ROSELAN

“Seramai 400 pelajar yang terpilih menghadiri seminar selama empat hari bermula 23 September lalu.

“Mereka diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti,” katanya kepada Wilayahku hari ini.

Menurut Zaleha, tujuh orang jurulatih utama yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing hadir bagi berkongsi ilmu serta teknik menjawab soalan.

Katanya, daripada tujuh orang itu, seorang jurulatih utama dibawa khas dari Bentong, Pahang kerana mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas