saman

Berita

Bicara kes saman Anwar terhadap Muhyiddin bermula Ogos 2024

PERBICARAAN kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula Ogos tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini. Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Peguam Datuk S.N Nair, yang mewakili Perdana Menteri, berkata pada pengurusan kes

Berita

Lokman Adam fail tuntutan balas dendam terhadap Ismail Sabri

SELEPAS disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu. Lokman, 49, yang memfailkan tuntutan balas itu pada 11 Okt lepas, mendakwa beliau telah memadam kesemua video yang didakwa memfitnah Ismail Sabri

Berita

Levi RM1.65 juta: Jepak Holdings mohon ketepikan perintah penghakiman ingkar

JEPAK Holdings Sdn Bhd memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar diperoleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya syarikat itu membayar lebih RM1.65 juta levi yang tertunggak kepada CIDB melibatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Jepak Holdings memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Hazurah Yusoff

Berita

Kes saman Puncak Niaga terhadap Khalid Ibrahim, kerajaan Selangor dibicarakan

MAHKAMAH Rayuan hari ini memerintahkan kes saman berjumlah RM13.5 bilion yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings Berhad terhadap bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor berhubung penstrukturan semula industri air negeri itu dibicarakan. Ini selepas panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan

Berita

JPJ Perak keluar 6,212 saman, notis sejak awal tahun

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan sebanyak 6,212 saman dan notis atas pelbagai kesalahan jalan raya sejak awal Januari hingga semalam termasuk dalam sekatan jalan raya (SJR) sempena Op COVID-19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata terdapat tujuh lokasi SJR yang menempatkan anggota JPJ

Berita

OKS kes trafik boleh buat pengakuan melalui sistem e-PG – PKPMP

MULAI 2 Feb, orang awam yang mempunyai saman kesalahan trafik di Shah Alam atau Selangor boleh membuat pengakuan salah melalui teknologi komunikasi jarah jauh dan tidak perlu hadir secara fizikal ke mahkamah. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ini berikutan pelancaran Sistem Pengakuan Salah Kes