Berita

IPT digesa wujud ekosistem pembelajaran AI

Kredit: BERNAMA
- Diterbit 10 Mei 2024 4:52 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mewujudan perancangan segera dalam membina ekosistem kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuhkan teknologi tersebut.

Memetik laporan portal berita, Perdana Menteri berkata antara perangan yang perlu diambil kira adalah mengubah pendekatan dalam pendidikan agar ia tidak membosankan sekali gus dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari program tersebutm

“Ini cabaran-cabaran yang harus kita tangani, mungkin pendekatan pengajaran melalui AI yang baharu, yang mempersonakan dan mengagumkan tetapi yang pentingnya matlamat harus kembali memberi penekanan supaya sebahagian besar anak-anak kita mulai menguasai Matematik dan Sains,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Perdana Menteri berkata tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.

“Tetapi ada lagi kekurangan dan kelemahannya iaitu peringkat kemahiran, keterampilan, kepakaran dan pengkhususan yang diperlukan perlu ada ruang yang perlu diisi,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas