Kejohanan Golf Amatur Dunia

Berita

Tengku Muhammad Iskandar rasmi pusingan akhir WAGC

TENGKU Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berkenan merasmikan pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini. Menurut kenyataan media hari ini, Tengku Muhammad Iskandar turut berkenan memulakan tee-off kejohanan yang disertai lebih 120 peserta dari seluruh dunia.