Selebriti

“Terima kasih dan selamat tinggal”… Pesan Aliff Aziz buat Sarah Yasmine

- Diterbit 3 Mei 2024 5:00 PM MYT

PENYANYI dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mengaku terkilan dengan tindakan Sarah Yasmine yang membuat pendedahan mengaitkan selebriti lain di Instagram (IG) baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, mengingatkan Sarah bahwa setiap apa yang dilakukan pasti akan ada balasannya.

“Saya harap kau ‘enjoy five minutes of fame’ (kemasyhuran sementara) dan dapat tidur lena pada waktu malam.

“Tapi kena hati-hati kerana apa sahaja yang kita buat, pasti akan ada kesannya. Kita tidak boleh hendak putar kembali masa.

“Terima kasih dan selamat tinggal,” katanya ketika diminta meninggalkan pesan kepada Sarah ketika ditemuramah dalam podcast The Common Folks, malam tadi.

Berkongsi perasaan selepas mendapat tahu pendedahan Sarah hingga membabitkan selebriti lain, Aliff terkejut dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Sarah hangat diperbualkan selepas memuat naik hantaran yang membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.

Menerusi pendedahan dimuat naik dalam IG, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga mendakwa Aliff dipergunakan Ruhainies.

Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah di IGs yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong dan pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, 9 Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Mac lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas