Berita

Tengku Muhammad Iskandar rasmi pusingan akhir WAGC

- Diterbit 15 November 2022 3:21 PM MYT

TENGKU Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berkenan merasmikan pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini.

Menurut kenyataan media hari ini, Tengku Muhammad Iskandar turut berkenan memulakan tee-off kejohanan yang disertai lebih 120 peserta dari seluruh dunia.

Tengku Muhammad Iskandar mencipta detik manis apabila membuat pukulan jauh sebelum mendarat di laluan sempit pada lubang ke-10 par 5 di West Cource KLGCC.

Turut sama menyaksikan detik manis itu Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengarah Kanan Tourism Malaysia Mohamed Amin Yahya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WGC Ltd Datuk Nils G Nordh, Presiden WAGC Isac Saminathan, duta, pesuruhjaya tinggi dan media.

Para peserta akan memulakan saingan dalam aksi final berlangsung tiga pusingan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh esok, diikuti pusingan kedua di Glenmarie Golf and Country Club pada Khamis (17 Nov) dan pusingan ketiga di Kota Permai Golf and Country Club, Shah Alam pada Jumaat (18 Nov). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas