Berita

Ajinomoto, LVNS jalin kerjasama pupuk penyelidik muda

- Diterbit 3 Mei 2024 5:16 PM MYT

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (AMB) mengumumkan kerjasama dengan
Leave a Nest (LVNS) yang merupakan sebahagian Penciptaan Nilai Bersama (ASV) oleh Kumpulan Ajinomoto untuk menyumbang kepada masyarakat di Majlis Penganugerahan Science Castle 2024.

Ajinomoto dalam satu kenyataan berkata ia menunjukkan komitmen AMB terhadap pendidikan, inovasi dan memupuk penyelidik muda terhadap sains.

“Objektif utama ialah mencipta inovasi baharu dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif kepada pelajar selain memberi dorongan
serta semangat dalam penyelidikan mereka.

“Ia dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memberi sumbangan terhadap kemampanan global, selari dengan visi syarikat untuk memfokuskan lima tema berkaitan sains dan teknologi.

“Lima tema penyelidikan tersebut melibatkan produk makanan mampan yang menggunakan bahan tempatan, inovasi dalam produk kesihatan dan kesejahteraan, kelazatan makanan, pembungkusan makanan dan pengurusan sisa makanan,” katanya.

Menurutnya, program itu juga melibatkan proses bimbingan kepada pelajar di mana pihak LVNS dan AMB akan menjadi mentor untuk membimbing setiap pasukan terhadap projek penyelidikan mereka.

“AMB turut komited dalam memupuk potensi baharu dalam kalangan belia dan memberikan motivasi kepada mereka untuk mendalami bidang sains dan teknologi,” ujarnya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas