Berita

Tangkap jika sembunyi maklumat semasa saringan Covid-19 – MKN

Keengganan mengakibatkan doktor, jururawat dijangkiti wabak Covid-19
FADILLAH dalam sidang akhbar khas Selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.
- Diterbit 21 Mac 2020 6:28 AM MYT

PUTRAJAYA – Orang ramai yang membuat saringan pemeriksaaan di klinik atau hospital diminta memaklumkan kepada petugas sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kegagalan tersebut mengakibatkan ramai doktor dan jururawat dijangkiti wabak berkenaan.

“Kita takut nanti, hospital tidak dapat memberi perkhidmatan kerana doktor dan jururawat dijangkiti.

“Keengganan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada petugas akan menyebabkan individu terbabit ditangkap dan diambil tindakan perundangan,” tegasnya dalam sidang akhbar khas Selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat peningkatan kes Covid-19 dan merekodkan jumlah kematian sebanyak tiga orang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas