Fokus

Usah takut hidup sendiri

Gambar hiasan
- Diterbit 26 April 2024 9:40 AM MYT

DIKECEWAKAN berkali-kali dalam alam percintaan menjadi salah satu punca seseorang individu itu memilih untuk kekal bersendirian kerana tidak sanggup peristiwa sama berulang kembali.

Ia turut diakui Amanda, 36, yang sudah pun berpatah arang untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki sekali gus menyifatkan dirinya tidak beruntung dalam percintaan.

“Waktu usia 20-an hingga 30-an, saya ada rasa nak ada pasangan tetapi semua lelaki yang saya kenal hanya suka ambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.

“Disebabkan itulah saya lebih senang bujang sampai hari ini. Sejujurnya pilihan saya bukan kerana komitmen pekerjaan atau keluarga tapi saya sudah tidak percaya dengan lelaki.

“Ditambah pula usia semakin meningkat, saya nekad untuk terus bujang dan isi masa dengan keluarga selain membeli-belah, melancong dan sebagainya,” kongsinya.

Mengakui pernah tertekan dengan pertanyaan dan desakan orang sekeliling, Amanda tidak mahu mengambil serius perkara tersebut jauh sekali untuk memikirkannya secara serius.

“Tipulah kalau tidak ada tekanan lebih-lebih lagi ketika demam, sedih termasuklah apabila melihat kawan-kawan sebaya sudah mempunyai keluarga dan anak, ia pasti menjerat emosi.

“Trauma untuk berdepan dengan kegagalan dan disakiti dalam percintaan membuatkan saya tidak pernah terfikir untuk mencari teman ditambah lagi bukan masanya lagi untuk bercinta,” jelasnya.

Sementara itu, bagi ibu tunggal, Fatimah, 36, setelah berpisah dengan suami, dia berdepan dengan trauma apabila keluarga sendiri tidak dapat menerima status janda yang dibawanya.

“Segelintir masyarakat masih tertutup dengan gelaran tersebut. Janganlah kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Bila status janda sahaja, orang fikir buruk sedangkan saya cuma nak besarkan anak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas