Selebriti

SHIHA ZIKIR Kecewa, Yakin Ada Hikmah

|BERLAKU penurunan mendadak kepada jumlah tontonan video muzik AEWO di youtube.|SOLEKAN dan beberapa perkara dalam muzik video AEWO mencetuskan kontroversi
- Diterbit 14 Ogos 2020 9:35 AM MYT

PENYANYI Shiha Zikir mengaku kecewa apabila video muzik lagu terbaharunya berjudul AEWO mengalami penurunan mendadak dari segi tontonan (viewers) di laman youtube.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir,32, tontonan video tersebut menurun daripada hampir 400 ribu kepada 240 ribu tontonan selepas dua hari dilancarkan (8 Ogos 2020). 

Kemudian hari ini, jumlah tersebut makin menurun kepada 178 ribu tontonan. 

BERLAKU penurunan mendadak kepada jumlah tontonan video muzik AEWO di youtube.

“Saya sendiri pun tidak tahu apa sebabnya penurunan tontonan itu boleh berlaku. Padahal beberapa selepas beberapa hari lagu AEWO dilancarkan, tontonan sudah hampir 400 ribu.

” Namun, pihak syarikat rakaman Todak Music sedang menunggu keputusan daripada pihak Youtube Malaysia setelah diberitahu masalah ini,” katanya kepada Wilayahku. 

Shiha juga mengaku tidak senang duduk kerana bermacam-macam cara sudah dilakukan untuk memberikan yang terbaik. 

“Tipulah kalau saya cakap tidak kecewa. Saya sangat terkilan bila semua ini berlaku sebab semua pihak yang terlibat sudah bertungkus-lumus dalam mengerah idea dan mencari kelainan untuk muzik video ini. Ini juga untuk industri muzik kita. 

SOLEKAN dan beberapa perkara dalam muzik video AEWO mencetuskan kontroversi

 “Entahlah.. Mungkin belum rezeki saya untuk menyampaikan mesej serta pengajaran dalam lagu ini secara meluas. Saya yakin, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

“Jadi saya harap masalah ini dapat diselesaikan kerana lagu AEWO ini mempunyai mesej yang sangat bagus kepada masyarakat. 

“Mesej utamanya adalah jangan melakukan syirik kepada Allah. Kalau ada masalah apa sekalipun, mohonlah kepada Allah. Bukan selain daripadaNya,” jelas Shiha yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila video muzik AEWO dikatakan menyerupai iluminati atau ajaran sesat.

Namun, itu hanya salah faham kerana mesej sebenar lagu ini adalah positif.

Jadi, dengarlah dulu lagu AEWO nyanyian Shiha bersama Noki, baru anda tahu apa mesej yang ingin disampaikan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas