Selebriti

EYRA HAZALI, HAZIQ Dapat Anak Lelaki Digelar MHQ

|HAZIQ berkongsi Berita gembira ini menerusi Instagram Story.
- Diterbit 15 Ogos 2020 3:19 AM MYT

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli.

Bayi lelaki mereka seberat 3.25 kilogram yang dikenali sebagai MHQ ini dilahirkan di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur jam 2.18 petang semalam.

Berita gembira ini dikongsikan Haziq menerusi Insta Storynya. 

“Alhamdulillah terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih sayang.

“Papa dan mama sayangkan kamu, MHQ,” tulisnya.

HAZIQ berkongsi Berita gembira ini menerusi Instagram Story.

Difahamkan, Haziq kini perlu berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur setiap minggu untuk menemani Eyra yang sedang berpantang.

Eyra,21, yang popular menerusi drama Mr. Grey mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November tahun lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas