Selebriti

“Perceraian adalah jalan terakhir” … Nora Danish akui rumah tangga bergolak

- Diterbit 29 April 2024 11:00 PM MYT

PELAKON popular, Nora Danish akui  rumahtangganya dengan suami, Nedim Nazir sedang bergolak.

Memetik portal Berita Harian,  Nora dan suami ketika ini sedang berusaha menangani masalah yang dihadapi agar tidak memberi kesan kepada anak-anak.

“Perceraian adalah jalan terakhir kerana kami harus memikirkan anak-anak. Tetapi, saya tidak menidakkan memang berlaku pergolakan (dalam rumah tangga bersama suami),” katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran 4Ward Entertainment Sdn Bhd di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Nora turut mengukas dakwaan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

“Mengenai tinggal berasingan, itu betul kerana rumah kami dalam proses ubahsuai. Nedim tinggal di rumah bapa sementara saya menetap bersama ibu. Jadi, apa yang berlaku seakan memberi ruang untuk kami memperbaiki keadaan.

“Walaupun tinggal berasingan, kami masih berhubung setiap hari. Saya tetap hormatinya sebagai suami.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi kesan negatif kepada anak-anak. Mereka okay tetapi mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubah suai,” katanya.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim atau nama penuh, Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008. – WILAYAHKU

Sumber: Berita Harian

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas