Biz

Pupuk bakat kanak-kanak dalam bidang seni – Genius Aulad jadi pilihan stesen televisyen

- Diterbit 30 April 2024 11:46 AM MYT

PENERAJU dalam pendidikan awal kanak-kanak Genius Aulad (GA), sentiasa memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni termasuk persembahan sebagai antara langkah mempersiapkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam hidup.

Lebih menarik, murid-murid di GA juga sentiasa menjadi pilihan dan menerima undangan stesen televisyen utama bagi program bersesuaian terutamanya persembahan membabitkan kanak-kanak.

Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, GA memupuk bakat dalam pelbagai bidang seni seperti seni lukis, seni suara dan seni tari menerusi program Creativity, Physical Activity dan Science Craft.

“Pendekatan pembelajaran bertema (thematic learning) membantu mengasah kemahiran dan minda pelajar terutamanya dalam mempersiapkan diri bagi mempersembahkan tugasan-tugasan yang disediakan (melukis, menari, membaca, menyanyi, menghafal dan sebagainya), sama ada dalam kelas mahupun semasa acara-acara tahunan Genius Aulad,” katanya pada sidang media selepas  Majlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024, baru-baru ini.

PENGASAS Genius Aulad, Zaliza Alias

Tambahnya, acara tahunan sekolah itu yang disusun iaitu Read It Right Challenge (RIRC), Cabaran Bijak Membaca (CBM) dan Little Ihtifal membabitkan persembahan pentas  dan memerlukan kanak-kanak untuk berlakon, bernyanyi, membaca dan menari di hadapan penonton.

“Semasa waktu perhimpunan, kami mempunyai sesi Islamic Contents (10 minit) di mana kelas yang berbeza setiap minggu secara bergilir membuat persembahan yang terdiri daripada Teater Pembaca, Lagu, Cerita dari Al-Quran, dan Permainan Peranan.

“Perkembangan bakat kanak-kanak di genius Aulad yang telah dikenal pasti akan dirangkumkan di dalam laporan prestasi mereka dan dikongsikan dengan ibu bapa secara berkala menerusi Report Card Pick-Up Day (RCPD) mengenai kemajuan anak-anak mereka,” kataya.

MAJLIS Anugerah Francais Genius Aulad 2024 berlangsung dengan jayanya.

Terdahulu, mengulas mengenai Anugerah Francais Genius Aulad 2024, Zaliza berkata, anugerah berkenaan menandakan peristiwa penting untuk GA, mencerminkan pertumbuhan dan kejayaan rangkaian francais yang luar biasa khususnya dalam menyumbang kepada kejayaan dan pertumbuhan jenama itu.

“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.

“Dengan semangat dan komitmen rakan kongsi francais dan seluruh keluarga Genius Aulad, ia akan dapat mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak,” katanya.

Dengan rangkaian 82 cawangan di dalam dan di luar negara, memenuhi keperluan lebih 80,000 pelajar, Genius Aulad turut menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan Global untuk Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah, Anugerah Perusahaan Asia Pasifik (APEA) dalam Kategori Kecemerlangan Korporat untuk Pendidikan & Latihan, dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia Jenama Laureate dalam kategori Kepimpinan Perniagaan & Komuniti.

Zaliza menambah, GA juga berusaha mempersiapkan murid-murid mampu mempunyai kemahiran dalam hidup secara seimbang dengan mendedahkan kemahiran teknologi kepada kanak-kanak prasekolah bagi membantu mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan dunia teknologi hari ini.

“Kemahiran asas seperti penyelesaian masalah dan kemahiran sosial juga penting untuk pertumbuhan kanak-kanak secara menyeluruh.

“Kerjasama antara guru, ibubapa dan penjaga adalah penting untuk menciptadan membangunkan kurikulum yang merangkumi kemahiran teknologi dan hidup yang seimbang dan sesuai dengan keperluan setiap kanak-kanak mengikut peringkat.

Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad turut menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik dengan  yuran francais hanya pada RM50,000.

Untuk maklumat lanjut peluang francais mampu milik dan faedah menjadi sebahagian daripada keluarga Genius Aulad, sila layari http://www.geniusaulad.edu.my        atau hubungi [email protected]. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas