Selebriti

Sarah Yasmin dedah mesej Aliff, Ruhainies kurang senang dengan Bella

- Diterbit 24 April 2024 11:47 PM MYT

SARAH Yasmin yang mendakwa dirinya adalah kekasih gelap Aliff Aziz, hari ini telah mendedahkan perbualan atau mesej romantis antara Aliff dan Ruhainies di aplikasi whatsApp.

Sarah berkata, dia melakukan pendedahan itu di Instagram story adalah sebagai balasan selepas berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

“Ini adalah apa yang anda dapat apabila menipu saya sebanyak dua kali ‘NRF’ (Nur Ruhainies Farehah atau Ruhainies). Dia (Aliff) juga tahu bagaimana saya boleh bertindak apabila dibohongi,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, merujuk pendedahan yang dilakukan Yasmin itu, Aliff dan Ruhainies saling mempertikaikan tindakan Bella  yang menerima lawatan sebagai wajah baharu produk Kitsui.

Sebelum ini jenama tersebut melantik Ruhainies sebagai wajah produk mereka.

Ruhainies mendakwa Bella seperti tidak malu apabila sanggup menggantikan tempatnya dan menerima tawaran itu serta tergamak menggelar produk berkenaan dan Bella dengan perkataan tidak baik.

Sebelum ini kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff didakwa ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguhkan kerana Aliff tidak hadir disebabkan terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Namun, Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerai itu dihadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas