Berita

Reaksi Piala Malaysia Edisi ke-100 milik KL City FC

|||||
- Diterbit 3 Disember 2021 6:45 AM MYT
DATUK SERI DR SHAHIDAN KASSIM Menteri Wilayah Persekutuan

“GEGAK gempita Stadium Bukit Jalil dengan sorakan The City Boys apabila jaringan Zhafri Yahya dan Paulo Josué sekali gus menamatkan penantian Piala Malaysia lebih tiga dekad. Tahniah juga kepada Bojan Hodak dan seluruh anggota pasukan KL City FC atas kemenangan yang penuh bermakna ini.”

DATUK SERI JALALUDDIN ALIAS Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

“TAHNIAH KL City FC kerana menjadi Juara Piala Malaysia 2021. Lebih manis lagi kejuaraan ini diraih sempena 100 tahun Piala Malaysia dan ulang tahun ke-50 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).”

TAN SRI ANNUAR MUSA Penaung KL City FC

“TAHNIAH Bojan Hodak, Stanley, D. Che Din dan semua dalam pasukan. Insya-Allah KL City FC kini layak beraksi dalam AFC CUP musim depan. Apabila menang, usah terlalai. Kejayaan itu sementara, kecuali ia dijadikan pemangkin untuk terus perbaiki diri dan bukan menghancurkannya. Tahniah sang juara Piala Malaysia edisi ke-100. Anda mencipta sejarah buat ibu kota.”

KHALID ABDUL SAMAD Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA)

“ALHAMDULILLAH. Kita juara!” – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas