Berita

Pembangunan Labuan menjadi fokus utama kerajaan, demi kesejahteraan rakyat – Zaliha

Dr Zaliha (depan, tengah) menyantuni dan beramah mesra bersama penggiat media Labuan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini
- Diterbit 26 April 2024 11:24 AM MYT

KERAJAAN sentiasa fokus dan mengambil perhatian mengenai pembangunan Labuan bagi memastikan kesejahtaraan rakyat dikecapi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, perhatian itu dilaksanakan menerusi pelaksanaan tiga Jawatankuasa Kerja Khas untuk memacu semula sosio ekonomi dan pelancongan pulau itu.

“Ia merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan luar negara dan mempromosikan produk tempatan di sini.

“Selain itu, jambatan Labuan-Menumbok juga masih menjadi agenda kerajaan setelah melihat kepentingannya kepada ekonomi Labuan, selain meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal memandangkan wilayah ini merupakan hab perkapalan dan industri minyak dan gas.

“Bagaimanapun, elektrik dan air yang merupakan perkara asas dan membelenggu rakyat Labuan menjadi fokus utama kami untuk diselesaikan, sama ada melalui pelan jangka masa pendek mahupun panjang,” katanya pada Majlis Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama penggiat media di Labuan, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha memaklumkan cadangan pembinaan Jambatan Menumbok – Labuan turut menjadi agenda utama kerajaan setelah melihat kepentingan terhadap ekonomi.

“Ini adalah fokus kita selain meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal memandangkan pulau ini merupakan hub perkapalan dan industri minyak dan gas.

“Walaubagaimanapun, bekalan asas seperti air dan elektrik yang masih membelenggu rakyat menjadi fokus utama kerajaan untuk diselesaikan dalam masa jangka pendek dan panjang,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas