Berita

Program Noir Prihatin raikan Ramadan bersama asnaf, frontliners

|Bersama anak yatim dan penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad|Majlis Iftar Noir turut diserikan lagi dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang.
- Diterbit 30 April 2022 2:00 PM MYT

PROGRAM NOIR Prihatin bukan sahaja membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim, malah barisan frontliner atau petugas barisan hadapan turut diberi bantuan serta agihan berbuka puasa.

Usaha murni dilakukan Noir Health & Beauty Sdn Bhd (Noir) itu dilakukan sejak awal Ramadan dengan sumbangan turut diberikan kepada petugas di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Program NOIR Prihatin ini bermula dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa percuma di bazar sekitar Lembah Klang seperti di Bazar Ramadan Kota Damansara, Bandar Kinrara, Pantai Dalam dan sekitar ibu kota.

Bersama anak yatim dan penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad

Menghampiri akhir Ramadan, Program Noir Prihatin dipergiatkan lagi dengan aktiviti agihan juadah berbuka puasa kepada golongan kurang bernasib baik di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di sini.

Golongan anak yatim juga tidak terkecuali apabila seramai 31 anak yatim dan tujuh penjaga Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara diraikan pada Majlis Iftar Noir Bersama Anak Yatim.

Majlis Iftar Noir diadakan di Wisma NOIR, Kota Damansara itu diserikan lagi dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang kepada Normah Mohd Yaman yang terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan itu dengan membawa pulang hadiah RM10,000 tunai.

Majlis Iftar Noir turut diserikan dengan penyampaian hadiah Peraduan Cantik & Menang.

Peraduan Cantik & Menang dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij itu.

NOIR Health & Beauty adalah syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik diasaskan Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga penaja utama AJL ke-36 pada Mac lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas