Berita

Penjawat awam bakal terima kenaikan gaji lebih 13 peratus

- Diterbit 1 Mei 2024 11:40 AM MYT

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah iaitu pada kadar lebih 13 peratus berbanding sebelumnya.

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penjawat awam bakal menikmati kadar gaji baharu itu pada Disember ini.

“Sejarah kenaikan gaji pada 12 tahun lalu hanyalah 13 peratus sahaja dan saya akan umumkan lebih tinggi daripada itu.

“Oleh kerana saya sudah berjanji, maka kita akan laksanakan 15 peratus kenaikan gaji dan ia akan bermula Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negera, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Azi dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Turut hadir, Presiden Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) Datuk Dr Adnan Mat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas