Berita

Sebanyak 11,000 juadah berbuka puasa diagihkan secara pandu lalu setiap hari

JUADAH berbuka puasa disediakan sepanjang bulan Ramadan.
- Diterbit 29 April 2022 6:09 AM MYT

MENGIMARAHKAN ramadan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melalui surau wakafnya, Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) meneruskan tradisi Ramadan dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma
kepada warga ibu kota di perkarangan ibu pejabatnya, Menara Bank Islam di Jalan Perak, Kuala Lumpur.

Inisiatif tahunan, yang kini memasuki tahun ke-8, itu merupakan sebahagian daripada program Ramadan Fest@SWADD yang bertujuan untuk berkongsi rezeki yang diraih Bank Islam serta memeriahkan lagi sambutan bulan mulia.

Sebanyak 11,000 pek berbuka puasa disediakan sepanjang bulan Ramadan dandiagihkan secara pandu lalu pada setiap hari bekerja. Sebanyak RM88,000 telah diperuntukkan bagi inisiatif ini.

Selain penyediaan pek juadah berbuka, Program Ramadan Fest@SWADD juga melibatkan penganjuran beberapa siri tazkirah Jumaat secara langsung yang turut boleh ditonton menerusi laman Facebook Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy. Di samping itu, turut diadakan majlis Qiamullail Perdana pada 24 April lalu bersama warga kerja Bank Islam. –WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas