Berita

Pasar Malam Jalan Ang Seng, Jalan Jujur dibuka mulai Januari 2021

PENIAGA, PENGUNJUNG perlu patuh SOP yang ditetapkan kerajaan.
- Diterbit 21 Disember 2020 9:19 AM MYT

SELEPAS ditutup pengoperasian kira-kira sembilan bulan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembukaan semula pasar malam di dua lokasi sekitar ibu negara bermula Januari depan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, lokasi terlibat adalah Pasar Malam Jalan Ang Seng, Brickfields dan Jalan Jujur, Bandar Tun Razak.

Katanya, kedua-dua tapak pasar malam itu akan kembali beroperasi bermula 1 Januari dan 7 Januari 2021 dan mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Penganjur, peniaga dan pengunjung tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan iaitu pemakaian pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal.

“Bantulah peniaga untuk meningkatkan semula ekonomi negara tapi jika tiada keperluan, tinggal sahaja di rumah. Kita jaga kita,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas