Berita

Tingkat amalan rendah karbon

PENGGUNAAN bas Nadiputra dan kenderaan elektrik merupakan salah satu inisiatif IKH 2024
- Diterbit 22 April 2024 3:33 PM MYT

PIHAK Perbadanan Putrajaya (PPj) akan membuka permohonan Insentif Kediaman Hijau Putrajaya 2024 (IKH Putrajaya 2024) bermula hari ini hingga 5 Mei 2024.

Menurut PPj, IKH Putrajaya 2024 dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi amalan rendah karbon dalam kalangan penduduk Putrajaya khususnya penjimatan tenaga elektrik dan air, pengurangan sisa pepejal, penggunaan bas Nadiputra dan kenderaan elektrik atau hibrid.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pemilik rumah persendirian di Putrajaya sahaja.

Dalam masa sama, pemohon mestilah tiada tunggakan cukai taksiran serta mempunyai akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor sekurang-kurangnya dua tahun (24 bulan) serta akaun e-bil TNB dan Air Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk memohon insentif ini sekiranya memenuhi kelayakan seperti yang dinyatakan.

Borang permohonan dan kriteria penilaian boleh dimuat turun di laman sesawang https://ppj.my/_IKH2024.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi di talian 03-8887 7004 / 019-250 7425 atau e-mel di [email protected] / [email protected] atau layari laman Facebook Bandar Hijau Putrajaya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas