Berita

MSS WP Putrajaya cungkil bakat sukan bola jaring

ANTARA pelajar yang terlibat dalam Kejohanan Bola Jaring MSS WP Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 7 Mac 2020 8:07 AM MYT

CUNGKIL. Bagi mendapatkan pelapis Sukan Bola Jaring, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan (MSS WP) Putrajaya mengadakan Kejohanan Bola Jaring yang bertempat di Sports Arena Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada 11 hingga 13 Februari lalu.

Naib Pengerusi Teknik, Hartini Ab. Latib berkata, tujuan kejohanan tersebut diadakan adalah untuh mencungkil bakat dari kalangan atlet sekolah-sekolah Putrajaya.

“Pada kejohanan itu, 14 sekolah rendah seluruh Putrajaya dan dua sekolah antarabangsa terlibat.

“Manakala bagi kategori sekolah menengah pula, 10 buah sekolah seluruh Putrajaya dan sebuah sekolah antarabangsa terlibat,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas