Berita

Seksyen Jualan DBKL amal gaya hidup sihat

KAKITANGAN Seksyen Jualan bergambar kenangan selepas perlawanan badminton baru-baru ini.
- Diterbit 7 Mac 2020 8:03 AM MYT

AMALAN. Baru-baru ini, Seksyen Jualan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perlawanan badminton di Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap, Shahir Abdul Rani, program yang diadakan pada 19 Februari lalu, bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja Seksyen Jualan.

Selain itu, katanya, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim.

“Seramai 18 orang kakitangan Seksyen Jualan menyertai perlawanan tersebut yang mana perlawanan badminton pertama kali diadakan dan mungkin menjadi acara tahunan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas