Berita

Sarawak ungguli Kejohanan 100Plus National Junior Circuit 2020 (Liga 1) – Divisyen 3

PEMAIN bergambar sejurus tamat kejohanan 100 plus National Junior Circuit 2020 (Liga 1) di Putrajaya.
- Diterbit 7 Mac 2020 8:14 AM MYT

PUTRAJAYA – Sarawak memonopoli Kejohanan 100Plus National Junior Circuit 2020 (Liga 1) – Divisyen 3 yang berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, di sini hari ini.

Para peserta dari negeri bumi kenyalang itu mendahului enam kategori iaitu beregu wanita bawah 16 tahun, beregu lelaki bawah 16 tahun, perseorangan wanita bawah 16 tahun, beregu wanita bawah 12 tahun, perseorangan wanita bawah 12 tahun dan perseorangan lelaki bawah 12 tahun.

Sementara Terengganu pula memenangi empat kategori iaitu beregu wanita bawah 14 tahun, beregu lelaki bawah 14 tahun, perseorangan wanita bawah 14 tahun dan perseorangan lelaki bawah 14 tahun.

Kelantan pula muncul juara bagi kategori perseorangan lelaki bawah 16 tahun sementara Putrajaya pula mengungguli kategori beregu lelaki bawah 12 tahun.

Terdahulu, kejohanan tersebut yang bermula 4 Mac mempertandingkan empat acara iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan wanita dari peringkat umur 12, 14 dan 16 tahun ke bawah.

Kejohanan 100Plus National Junior Circuit 2020 (Liga 1) – Divisyen 3 melibatkan lima buah negeri iaitu Putrajaya, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Perlis. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas