Berita

Hassan Marican dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri

- Diterbit 22 April 2024 1:29 PM MYT

BEKAS Ketua Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (Policy Advisory
Committee to the Prime Minister, PMAC).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

“Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Datuk Dr Nungsari Ahmad Radhi.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa
Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga
dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas kenyataan itu, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan
sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

Tambah kenyataan itu lagi, jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada Kerajaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas