Berita

Kes positif COVID-19 dan R-naught di Labuan catat trend penurunan.

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Diterbit 10 Julai 2021 7:48 AM MYT

KADAR jumlah kes positif COVID-19 di Pulau Bebas Cukai itu kini mencatatkan trend penurunan dan kadar kebolehjangkitan R-naught (Rt) turut mencatatkan penurunan dari 2.0 kepada 0.86 kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Beliau berkata perkembangan positif itu dijangka akan kekal pada minggu ini dengan penurunan sekurang-kurangnya kepada 700 kes.

” Dari segi kadar kebolehjangkitan pula, jumlah nilai positif R-naught (Rt) tertinggi direkodkan adalah melebihi 2.0 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 20 dan ia telah menurun kepada 0.86 pada 8 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan berkata, program pemberian vaksinasi kepada penduduk Labuan bakal mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada minggu akhir Julai ini.

” sehingga 8 Julai, seramai 57,243 (83.57%) populasi dewasa di Labuan telah menerima suntikan dos pertama manakala seramai 22,049 (32.19%) telah menerima kedua-dua dos vaksin,” katanya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas