Berita

ANEKA RESIPI DESSERT BUAH-BUAHAN

||||
- Diterbit 10 Julai 2021 6:00 AM MYT

DESSERT atau pencuci mulut adalah masakan ringan dan manis yang dibuat sebagai hidangan tambahan selepas makan masakan berat.

Mencari resipi dessert mudah?

Semasa stres, semestinya pencuci mulut akan diburu kerana kemanisannya kadangkala dapat mengurangkan rasa stres. Tetapi, kebanyakan pencuci mulut mengandungi jumlah gula yang tinggi, jadi anda dinasihatikan mengambil dessert dalam jumlah yang sedikit. Lebihkan minum air masak selepas mengambil dessert bagi menyeimbangkan kandungan gula dalam badan.

Wilayahku akan kongsikan koleksi dessert sihat menggunakan buah-buahan yang mudah dan popular dan senang diikuti.

PAVLOVA

BAHAN UNTUK PAVLOVA

4 biji putih telur

1 cawan gula kastor

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu kecil cuka

BAHAN UNTUK KRIM

1 cawan dairy whipping cream

1 sudu kecil vanilla essence

1 sudu kecil gula icing

BAHAN HIASAN

Buah strawberi

Buah kiwi

Coklat ganache

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan oven pada suhu 150 °C.
  2. Mulakan dengan memukul telur menggunakan mixer dalam mangkuk pengadun. Gunakan kelajuan yang sederhana dahulu. Bila dah mula berbuih boleh lajukan mixer. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dan pukul sehingga stiff peak forms dan apabila mangkuk diterbalikkan putih telur tak jatuh.
  3. Masukkan tepung jagung dan kaup balik menggunakan spatula. Disambung dengan cuka. Pastikan bahan semua digaul sebati dan mesra.
  4. Sediakan parchment paper di atas loyang. Menggunakan teknik capan, terapkan sedikit cutter ke atas putih telur dan capkan atas parchment paper tadi. Menggunakan teknik ini, anda tak perlu susah-susah lukis bulat satu-satu guna pensil.
  5. Setelah selesai teknik capan, masukkan baki adunan ke dalam piping bag dan pipe adunan ke atas bentuk-bentuk bulat tadi.
  6. Masukkan ke dalam oven. Setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 110°C. Teruskan membakar lagi 20 minit sehingga pavlova nampak kembang, kering dan rangup. Tutup oven dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven.
  7. Langkah yang ke-7 ni sangat teknikal di mana oven tidak semuanya sama. Kalau boleh cuba dahulu satu biji. Kalau jadi baru bakar yang lain. Yang penting, jangan buka oven selagi pavlova tak sejuk.

CHA BANG ANG

BAHAN-BAHAN

Cincau manis

Gula karamel

Selasih 3 sudu besar

Ais

BAHAN SUSU

2 cawan susu segar full cream

1 cawan susu cair

3 sudu besar susu pekat manis

1 sudu teh vanilla essence

Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan semua, kacau sebati dan siap!

PULUT MANGGA THAI

BAHAN-BAHAN PULUT MANGGA

400 gram beras pulut

1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

2-3 sudu besar gula

Garam

Daun pandan/daun pisang

2 sudu besar bijan

3 biji manga

BAHAN KUAH SANTAN

1 cawan santan pekat

1 sudu kecil tepung beras/tepung jagung

1 helai daun pandan

Garam

CARA PENYEDIAAN

CARA-CARA UNTUK PULUT

  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

CARA-CARA UNTUK KUAH SANTAN

  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

LAI CHI KANG

BAHAN-BAHAN

400 ml air panas mendidih

8 biji kembang semangkuk

10 batang gula kundur

5 sudu barli siap direbus

1 tin mata kucing/sirap longan

Gula melaka

3 sudu cincau siap dihiris

3 sudu potongan kecil agar-agar berwarna-warni

Buah-buahan

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas.
  2. Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Gunakan buahan campuran dalam tin.
  3. Satukan semua bahan dan buah.
  4. Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan.
  5. Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA