Berita

“Saya merupakan kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024” – Sarah Yasmine

- Diterbit 22 April 2024 10:47 AM MYT

KECOH dalam media sosial hari ini apabila seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine muncul membuat pengajuan berani yang dirinya adalah kekasih penyanyi Aliff Aziz.

Berkongsi menerusi Instagram malam tadi, bukan sahaja mengaku sebagai kekasih, Sarah turut mendakwa Aliff sebenarnya dipergunakan oleh pelakon, Ruhainies.

“Saya merupakan kekasih Aliff Aziz sejak Januari 2024″.

“Pertama sekali saya bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan atau mengaibkan mana-mana pihak, tapi tujuan saya adalah untuk menerangkan situasi sebenar.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff sejak Januari lalu dan apa yang berlaku sememangnya salah, namun tidak wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada Aliff seorang saja,” tulisnya.

Sarah juga mengaku yang Bella tahu kewujudannya dalam hidup Aliff.

Selain itu, Sarah membongkar kisah sedihnya apabila mendakwa Aliff ‘curang’ dengannya apabila menjalinkan hubungan cinta dengan Ruhainies.

Dalam hantaran yang sama, Sarah turut berkongsi video mesra dirinya dengan Aliff yang memaparkan aksi memeluk lengan serta mencium pipi.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di sini, Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas