Selebriti

Janna Nick Bintang Paling Popular ABPBH ke-34

- Diterbit 13 November 2021 4:13 PM MYT

PELAKON popular Janna Nick dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, malam tadi.

Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, mendahului pemenang kategori yang lain dengan undian sebanyak 86,374,777 undi.

Terdahulu, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

ABPBH 34 yang berakhir malam tadi, dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).
ABPBH 34 bertemakan #KITABERSAMA dibawakan oleh Xiaomi. – WILAYAHKU

Senarai Pemenang ABPBH34

Artis Baharu Wanita Popular – Dolla
Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid
Pengacara TV Popular – Janna Nick
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Aina Abdul dan Khai Bahar (Nafas Cinta)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Hajah Habsah Hassan
Watak Animasi Popular – Ejen Ali
Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi – Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi – Haqiem Rusli
Pelakon TV Wanita Popular Xiomi – Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular Xiomi – Ben Amir

Pemenang Kategori Online

Watak Antagonis Popular – Liza Abdullah
Youtuber Popular – Aqil Zulkiflee
Anugerah FANtastik Popular – Siti Nordiana FC
Artis TikTok Popular – Khai Bahar
Gandingan Serasi Filem Popular – Wanna Ali dan PU Riz
Gandingan Serasi Drama Popular – Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas