Selebriti

Haqiem Rusli nikah rakan bisnes 19 November ini

- Diterbit 13 November 2021 4:38 PM MYT

PENYANYI popular Haqiem Rusli,23, bakal bernikah dengan rakan bisnesnya pada 19 November ini.

Haqiem mengumumkan berita gembira itu dalam ucapannya pada siaran langsung Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH 34) apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi ABPBH34.

Menurut Haqiem, majlis nikah akan dilangsungkan pada sebelah siang dan majlis resepsi pada malamnya yang terhad kepada 200 orang kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Si dia adalah rakan bisnes saya. Dia adalah boss besar restoran SanThai Village yang kami usahakan sebelum ini.

“Bagi saya dia seorang yang lengkap. Dia melengkapo saya dan dia ubah hidup saya untuk menjadi lebih baik,” ujar Haqiem yang meluahkan keistimewaan gadis pilihannya yang berusia 19 tahun itu.

Pada malam resepsi, Haqiem akan menyanyikan Sebuah lagu baharu berjudul Hitam Putih yang mengisahkan tentang cinta mereka.

“Saya dah rekod lagu itu dan akan dipersembahkan pada hari yang indah itu.

“Bercakap tentang maksud lagu ini, Hitam itu adalah saya. Saya jadi saksi kepadanya yang memulihkan hati saya. Maksudnya kami saling melengkapi,” ujarnya lagi.

Terdahulu Haqiem berkongsi hasratnya untuk berkahwin dalam live Instagram pada 30 Mei lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas