Selebriti

IZZUE dan HANEZ Kagumi Perdana Menteri

|IZZUE Islam |HANEZ Suraya
- Diterbit 2 Julai 2020 6:08 AM MYT

HATI berjiwa rakyat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikagumi seluruh lapisan rakyat termasuk golongan artis.  

Beliau  menggalas tanggungjawab paling besar sejak 1 Mac lalu di saat negara dilanda penularan pandemik Covid-19  dan krisis ekonomi.

“Keprihatinan Terserlah” – IZZUE ISLAM

Pelakon drama bersiri, Nasi Kerabu untuk che Abe, Izzue Islam menyifatkan Perdana Menteri seorang yang sangat prihatin walaupun besar cabaran yang dihadapi.

“Sudah tentu saya berbangga dengan Perdana Menteri kita yang berhadapan dengan dugaan yang sangat mencabar di awal beliau menyandang jawapan sebagai ketua kerajaan.

IZZUE Islam

“Selain kehebatan beliau mengatur strategi bersama para menteri lain, keprihatinan beliau juga terserlah apabila sentiasa memikirkan kesusahan rakyat setelah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain banyak strategi ekonomi yang dilaksanakan, saya tertarik dengan Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Pakej ini sangat membantu sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat meneruskan operasi mereka dan sekaligus mengurangkan risiko pengangguran di kalangan masyarakat setempat.”

 

“Kurang Berpolitik” – HANEZ SURAYA

Bagi Hanez Suraya pula, kurangnya berpolitik membuatkan Perdana Menteri lebih banyak fokus kepada kepentingan rakyat.

“Apa yang saya lihat, Perdana Menteri kurang berpolitik sebaliknya lebih menumpukan kepentingan rakyat. 

“Lihat sahaja, kesungguhan beliau dalam menangani wabak Covid-19 yang mencetuskan panik di kalangan rakyat dulu. Bukan mudah sebenarnya, tapi beliau boleh buat rakyat tersenyum sekarang. Bangga saya!

HANEZ Suraya

“Bukan itu sahaja, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita berhadapan pula dengan masalah ekonomi. 

“Belum habis ‘penat’ fikir pasal Covid-19, beliau terus fokus menumpukan lebih banyak usaha dan masa dalam mendepani cabaran ekonomi negara.

“Apabila sering memikirkan kepentingan rakyat, maka itulah yang menyumbang kepada kestabilan negara. Kita semua jalankanlah tugas sebagai rakyat yang mematuhi segala arahan kerajaan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kita juga.” – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas