Selebriti

USTAZ EBIT LEW Sebak Lihat TO’KI Tinggal Di Pondok

|FOTO Ebit Lew menyuap To'ki makan membuatkan ramai netizen terharu.|KEHADIRAN Ebit Lew ke rumah To'ki dan isterinya mendapat perhatian ramai
- Diterbit 2 Julai 2020 12:04 PM MYT

KESEMPITAN hidup penyanyi To’ki yang tular di laman sosial turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur,53,  sudah lebih setahun tinggal dalam sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor. 

Penyanyi lagu Seni Berzaman ini tinggal bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang sedang sakit apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di Facebook berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata, Allah ke dalam juga ini. 

“Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

FOTO Ebit Lew menyuap To’ki makan membuatkan ramai netizen terharu.

“Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. 

“Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.

“Insya Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. 

“Dari live kami tadi (semalam) Insya Allah Haji Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,”

Luahan Ebit Lew menerusi akaun Facebook miliknya yang mendapat banyak komen yang mendoakan To’ki dan Ebit terus dimurahkan rezeki. 

KEHADIRAN Ebit Lew ke rumah To’ki dan isterinya mendapat perhatian ramai

Selain itu, To’ki juga bakal mendapat bantuan daripada Pusat Pemungutan Zakat (PPZ) yang menawarkan sebuah rumah di kawasan berdekatan di mana PPZ akan membayar sewanya selain kelengkapan rumah yang sesuai. 

Pihak PPZ turut bersetuju untuk menghadiahkan sebuah komputer riba kepada Sharifah Fairuz yang aktif dalam bidang penulisan kreatif. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas