Berita

Indeks Kebebasan Media 2024 : Tidak wajar salahkan Kementerian Komunikasi sahaja

- Diterbit 6 Mei 2024 2:47 PM MYT

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan tidak wajar menyalahkan kementeriannya berhubung kedudukan Malaysia yang jatuh dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Katanya, isu berkenaan turut membabitkan undang-undang di bawah kementerian lain yang turut menyumbang kepada kedudukan tersebut.

“Sebagai contoh isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kita tahu pendirian Malaysia mengenai isu tersebut dan kesesuaian beberapa perkara dalam acuan sama ada Asean atau ketimuran.

“Jadi saya rasa kita ambil maklum (laporan tersbeut) dan saya alu-alukan kesediaan Wrtawan Tanpa Sempadan (RSF) yang telah membuat naik ciapan dalam X menyatakan mereka sedia bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di ibu negara hari ini.

Hadir sama Timbalannya, Teo Nie Ching, Ketua Setiauaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohd Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Polis Negara Deputi Inspektor General (DIG) Datuk Seri Ayoob Khan Mydin Pitchay dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamed Salim Fatih Din.

Fahmi berkata terdapat terdapat pandangan daripada Ahli Parlimen negara ini yang menyatakan kedudukan Malysia yang kini berada kapda kedudukan 107 jatuh lebih buruk daripada Israel yang berada di tangga 101.

“Berbeza dengan Israel kerana kita tidak membunuh orang seperti yang berlaku di Gaza. Kita juga tidak menutup mana-mana media seperti semalam Israel menutup serta menggeledah pejabat Agensi Berita Al- Jazeera.

“Jadi saya rasa kedudukan ini adalah mungkin satu kayu ukur, tetapi bukan kayu ukur yang sejati, ia juga kayu ukur yang ‘golden standard tetapi ia untuk kita meneliti, mempertimbang dan mungkin ada tindakan yang boleh kita tambah baik,” katanya.

Terdahulu laporan RSF menyatakkan kedudukan Malaysia menjunam 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Laporan yang disiarkan RSF turut menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas