Selebriti

NAJWA LATIF dan AKWA, Ada Apa-Apa Ke?

|NAMPAK serasi bersama Kan?salah satu babak Najwa dan Akwa dalam muzik video Tak Kisah Pun|NAJWA Latif kini bergelar pensyarah
- Diterbit 1 Julai 2020 9:37 AM MYT

RAMAI peminat suka gandingan penyanyi Najwa Latif dan Akwa dalam muzik video lagu mereka yang berjudul Tak Kisah Pun. 

Lagu ini mengisahkan seorang kekasih yang menerima pasangan seadanya. 

Memang nampak sweet Najwa dan Akwa, ada apa-apa ke tu? 

NAMPAK serasi bersama Kan?salah satu babak Najwa dan Akwa dalam muzik video Tak Kisah Pun

Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP, rancangan terpaksa ditunda.

“Tanpa dirancang, sekitar Mac lalu, saya mendapat idea menghasilkan lagu Tak Kisah Pun.

“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.

“Pasal berkolaborasi dengan Akwa, sejujurnya saya sangat meminati karya-karya Akwa di Youtube. Bila peminat suka gandingan kami, alhamdulillah,” luah Najwa yang menghormati Akwa yang merupakan penyanyi rap berbakat besar.

NAJWA Latif kini bergelar pensyarah

Lagu Tak Kisah Pun dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa. 

 Ini merupakan produk sulung dari syarikat rakaman Najwa sendiri iaitu  NL Entertainment.

Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar Ogos tahun lalu iaitu Kau Lupa Itu Aku.

Sebelum ini, Najwa pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 26 melalui lagu Cinta Muka Buku.  

Kini, Najwa sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University, Kuala Lumpur. 

Terdahulu, Najwa agak mendiamkan diri dari dunia seni kerana sibuk dengan pengajiannya, sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), Oktober lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas