Berita

HANIS KAMAL BAKAR Timang Anak Lelaki, BABY T

biskut
- Diterbit 18 Ogos 2020 11:30 PM MYT

ISTERI pelakon Hanis Kamal Bakar, Dian Zman selamat melahirkan anak sulung mereka seberat 3.15 kilogram, malam tadi.

Hanis yang berkongsi rasa syukur dan bahagia mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan agar semua berjalan lancar.

“Alhamdulillah..  Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa menghidupkan, menyihatkan, memberi kebahagiaan kepada kita semua.

“Isteri saya Dian Zman telah selamat melahirkan bayi lelaki kami. Terima kasih kepada semua yang sama-sama membantu mendoakan. Semoga Allah membalas jasa kamu semua. Amin,” tulis Hanis di Facebook miliknya.

HANIS dan Dian juga aktif berniaga makanan iaitu nasi berlauk, biskut, puding dan banyak lagi.

Manakala Dian juga memberitahu akan berkongsi tentang pengalaman bersalinnya tidak lama lagi.

“Terima kasih mendoakan yang baik-baik buat Baby T. Terima buat keluarga yang tak henti-henti mendoakan kami.

“Sedih, sayu, gembira semua ada. Nanti Dian akan kongsikan  my journey delivery ya bila dah pulih sikit,” kongsinya di Facebook. 

Rata-rata komen pengikut di media sosial itu juga mengucapkan tahniah serta mendoakan kesihatan Dian dan anak. 

Pasangan bahagia ini berkahwin pada Disember 2017.

Hanis,31, popular menerusi drama bersiri Seindah Sabarmu, Karambit, Cinta Bantal Busuk, Gila-Gila Remaja 2 dan banyak lagi. 

Hanis juga pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Tribute  P. Ramlee 2013 menerusi drama Miang Buluh Keladi Birah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas