Berita

16 kapal sertai Acara Memancing Laut Dalam DAIWA LISC, rebut hadiah RM180,000

- Diterbit 24 April 2024 11:03 AM MYT

SEBANYAK 16 buah kapal bersaing dalam Pertandingan Memancing Laut Dalam DAIWA bagi merebut hadiah bernilai lebih RM180,000 bersempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud berkata penganjurannya tahun ke 15 itu acara memberi cabaran baharu kepada 184 peserta memancing laut dalam apabila akan berada di kepulauan Spratley selama tiga hari untuk aktiviti memancing laut dalam, dan akan kembali ke Labuan pada Sabtu.

Katanya, pada kemuncak pertandingan itu adalah acara lelongan hasil tangkapan ikan laut dalam yang akan diadakan pada ahad ini.

“kita akan teruja dengan hasil-hasil tangkapan mereka yang saiznya bukan calang-calang kebanyakannya memang XXXL, jenis-jenis ikan yang jarang kita lihat di perairan yang cetek”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan di Jeti Marina di sini, pada Selesa.

Tambahnya, bagi tahun ini merekodkan pertambahan penyertaan daripada negara luar berbanding tahun lalu.

Antara peserta terdiri daripada negara Hong Kong, Indonesia, Thailand, Singapura dan Kanada.

Beliau turut mengalu-alukan peminat LISC untuk datang ke Labuan bermula hari Jumaat hingga Ahad untuk menyaksikan pelbagai acara sukan laut dan pantai yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas