Berita

Covid-19: 54 kes baharu, 45 warga asing

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 9 Mei 2020 11:05 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 54 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,589 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini juga 65 kes pulih disahkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan pesakit keluar hospital sebanyak 4,929 kes atau 74.8 peratus.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,552 dan semua pesakit diasing dan diberi rawatan.

“Daripada kes baharu dilaporkan hari ini, satu adalah kes import dan penularan tempatan sebanyak 53 kes.

“45 daripadanya membabitkan kes warganegara asing dan tiga kes dikesan dari kluster dan lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat satu pertambahan kematian menjadikan jumlah keseluruhan 108 kes.

“Kes ini membabitkan perempuan tempatan berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit tiroid.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19 berkaitan perhimpunan di Seri Petaling.

“Mangsa dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.23 malam semalam,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA