Berita

2.3 juta permohonan baharu BPN lulus

- Diterbit 9 Mei 2020 9:42 AM MYT

PUTRAJAYA – Lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu adalah bagi permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu.

Ujarnya, kelulusan itu dilakukan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan berkenaan.

“Bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei ini. Status permohonan baharu dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan itu, jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion, iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan berharap BPN yang diberikan akan memanfaatkan dan meringankan beban penerima dalam tempoh yang amat mencabar ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas