Barangan asas mencukupi menjelang Aidilfitri
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri. Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya mendapati situasi bekalan terutamanya barang kawalan adalah mencukupi. “Menerusi maklumat dan pemeriksaan, jumlah bekalan gula pasir kasar