Selebriti

“Bila mami saya dah tiada, kami dibuang”… Betul ke anak pengasas Dnars dikhianati?

ANAK perempuan pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Irdina Hakim Jasman.
- Diterbit 20 Jun 2022 11:13 PM MYT

KECOH dan menjadi bualan ramai apabila ahli keluarga termasuk anak perempuan pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, iaitu Irdina Hakim Jasman kembali ‘dikorek’ netizen menerusi beberapa perkongsian video di aplikasi TikTok.

Menurut laporan media semalam, ahli keluarga mengesyaki terdapat unsur lain terhadap kematian Allahyarham selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand tiga tahun lalu.

Salah satu video dimuat naik Irdina atau mesra dipanggil sebagai ‘Gegirl’ pada bulan lalu telah bercerita dengan ringkas mengenai situasi dihadapi adik-beradiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Dakwanya, mereka empat beradik seolah-olah dibuang oleh bapa tirinya, berbeza ketika hayat ibunya dimana empat beradik tiri lain turut dijaga Allahyarham.

“Masa mami (arwah ibu) hidup, dia jaga lapan orang anak. Empat anak kandung, empat anak tiri (bapa tiri dengan isteri lama). Atas sampai bawah termasuk anak tiri disaluti emas dan berlian, jenama mewah.

“Bila mami saya dah tiada, kami dibuang dan dikhianati bapa tiri. Abang saya dipenjarakan, saya dihalau rumah dan adik saya tidak dijaga (seorang lagi adik perempuan dipercayai di bawah jagaan bapa tiri),” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu lagi, Irdina turut mendakwa bapa tirinya sudah mula menjalin hubungan ‘skandal’ (yang kini isteri baharu) ketika arwah ibunya masih hidup. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas