Utama

4 pekerja terperangkap, kondominium dalam pembinaan runtuh

KONDOMINIUM dalam pembinaan runtuh di Taman Desa, Jalan Klang Lama petang tadi.
- Diterbit 14 Februari 2020 11:59 AM MYT

KUALA LUMPUR – Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini runtuh kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Kejadian itu mengakibatkan empat pekerja terperangkap namun seorang daripadanya berjaya dikeluarkan semasa operasi menyelamat dilakukan.

Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Kejadian berlaku berhampiran Desa One Residence kira-kira pukul 5 petang tadi. Kita terima maklumat daripada orang awam,” katanya. – WILAYAHKU

JBPM melakukan operasi menyelamat di lokasi runtuhan berikutan terdapat empat mangsa terperangkap.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas