Berita

SKDS 2.0 tangani penyeludupan diesel

- Diterbit 26 April 2024 10:55 AM MYT

SISTEM Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 dilancarkan kerajaan dalam memastikan hanya kenderaan yang layak sahaja boleh menikmati pembelian diesel pada harga subsidi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata pelbagai manfaat dapat diperoleh menerusi SKDS 2.0 di mana melalui mekanisme pendigitalan yang lebih telus dan efisien ini dilihat mampu menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

“Pembelian diesel bersubsidi melalui sistem Fleet Card akan menunjukkan trend penggunaan diesel dan sebarang cubaan seleweng diesel bersubsidi dapat dikesan serta dipantau.

“Selain itu, orang ramai dapat melakukan pembelian diesel pada harga subsidi di mana kenderaan yang layak dapat menikmati diesel pada harga subsidi dengan kaedah pembelian menggunakan Fleet Card walaupun berlaku perubahan harga semasa di stesen minyak.

“orang ramai diingatkan agar tidak ketinggalan dan melakukan permohonan dengan kadar segera bagi menikmati kelebihan SKDS 2.0,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas